|
|
|
Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kesang Tasek, 84410 Sg. Mati, Muar, Johor. Tel: 06-9754833 Fax: 06-9753384 e-mail : smalq@hotmail.com |
![]()
|
1. LATAR BELAKANG SEKOLAH 1.1 1.1. Nama Sekolah Nama asal bagi sekolah ini ialah “ Madrasah Loghatul Quran” yang bermaksud “Sekolah Bahasa Al Quran“. Ia didaftarkan semula di atas nama “Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran“ pada tahun 2002 demi untuk menyelaraskan dengan nama kebanyakan sekolah-sekolah Arab negeri Johor.
2.1.2 1.2. Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran Kesang Tasek, 84410 Sungai Mati, Muar, Johor. No. Tel : 06-9754833. No. Fax : 06-9753384 E-mail : smalq@hotmail.com
1.3 1.3. No. Pendaftaran Sekolah
No. Pendaftaran di Jabatan Agama Islam Negeri Johor : PSAJ 0028 No. Pendaftaran di Jabatan Pendidikan Negeri Johor : SRJ 833
2. VISI DAN MISI SEKOLAH
2.1 Visi Sekolah Menjadikan SMA Lughatul Quran sebagai sekolah terbaik di dalam bidang akademik, melahirkan pelajar bersahsiah tinggi, sistem pengurusan pentadbiran yang cekap dan bersistematik, guru-guru dan pelajar yang berkaliber dan berketrampilan.
2.2 Misi Sekolah Demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan, warga SMA Lughatul Quran akan;
3.0 WAWASAN SEKOLAH
3.1 Objektif Sekolah : 3.1.1 Membina sahsiah pelajar yang mulia selaras dengan Islam, mempunyai ketahanan untuk menghadapi cabaran zaman yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. 3.1.2 Membina pelajar yang berkualiti dan mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. 3.1.3 3.1.3. Membina kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa menuntut ilmu adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai dan ia merupakan kejayaan yang mesti digarap dari semasa ke semasa. 3.1.4 Membina golongan pelajar yang peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling mereka dan mereka akan tertinggal sekiranya bersikap beku, acuh tak acuh terhadap perubahan yang berlaku. 3.1.5 Membina golongan pelajar yang menyedari betapa pentingnya aspek jasmani, emosi, intelek, sosial dan nilai estatika mengikut garis yang ditentukan oleh Islam. 3.1.6 Membina golongan pelajar yang menyedari hakikat masyarakat majmuk di Malaysia yang memerlukan perpaduan, bertolak ansur, berkerjasama, percaya mempercayai dan bersesuaian dengan nilai-nilai Islam. 3.1.7 Membina golongan pelajar yang mempunyai pengetahuan sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi ( S&T ). 3.1.8. Membina golongan pelajar yang mampu mempertingkatkan mutu Pengajian Islam dan Bahasa Arab untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar negeri. 3.1.9 Membina pelajar-pelajar yang memiliki kemahiran dalam bidang-bidang fardhu ain dan fardhu kifayah.
3.2 Motto Sekolah Motto sekolah ini adalah “Dengan Ilmu Tercapai Cita-Cita“ bertujuan melahirkan insan yang memahami konsep ilmu yang syumul iaitu merangkumi segala bidang. Cita-cita untuk berjaya di dunia dan di akhirat hanya dapat dipenuhi dengan ilmu.
3.3 Falsafah Pendidikan Negara Pendidikan sekolah adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
3.4 Falsafah Pendidikan Sekolah Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beriman kepada Allah dan sentiasa berusaha menterjemahkan keimanan di dalam setiap ruang kehidupan.
3.4.2 Mendidik generasi pelajar yang berilmu dan cintakan ilmu “Fardu Ain” dan ilmu “Fardhu Kifayah”. Dengan ilmu yang diperolehi ia akan menyedari peranannya sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan melaksanakan tanggungjawabnya terhadap diri sendiri, ibubapa, keluarga, masyarakat, agama dan negera.
3.4.3 Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beramal dengan ilmu yang didapati.
3.5 Matlamat Sekolah Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan dan berakhlak mulia selaras dengan tuntutan syara’ dan nilai-nilai Islam serta memenuhi hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
|